myspace code
Myspace Codes: MyNiceSpace.com





mega_senja
May 22nd
Male
kangar

<< February 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29

waktu mesir

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed





Posted at 01:32 am by mega_senja
Make a comment  

maafkan


Suka memaafkan orang lain

Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.

Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:

- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.

Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.

Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.

Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li 'Imran : Ayat110:

yang bermaksud:

'Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik'.



Posted at 01:13 am by mega_senja
Make a comment  

Nov 1, 2006
Kejarlah Allah

Kejarlah Allah , Jangan Kejar SyurgaNya

Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya
Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Dapat Tuhan, Dapatlah segala-galanya

Cari Tuhan kerana kita hendak
memperhambakan diri kepadaNya
Cari Syurga atau fadilatnya ertinya
hendak membesarkan nikmat Tuhan

Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.

Sedangkan fungsi hamba
hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan!

Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
B! ahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan mazmumahnya

Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
yang memang telah ditentukan olehNya

Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah syurga dan fadilat tak perlu difikirkan

Mencari Syurga atau Fadilat
Syurga atau Fadilat belum dapat
Tuhan sudah tentu tak dapat

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya.


Posted at 01:41 am by mega_senja
Make a comment  

Oct 31, 2006
ya ilahii..

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq (derhaka"). al Hadid; 16.

 

DOA SELEPAS SOLAT


Segala puji bagi ALLAH, TUHAN pentadbir seluruh alam.
Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan kita,Nabi Muhammad S.A.W,
Yang semulia-mulia pesuruhnya dan keatas keluarga
Dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan IMAN,
Matikan kami dengan IMAN,
Masukkan kami ke syurga bersama-sama IMAN,
Ampunkan segala dosa kesalahan kami dan
Dosa kesalahan ibu bapa kami,
Serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka
Mereka mengasihi kami sewaktu kami masih kecil.
Ampukanlah juga dosa kaum kerabat kami,
Sahabat handai kami serta seluruh
Kaum muslimin serta muslimat sekalian.
Ya ALLAH akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik
Dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami
dengan kesudahan yang buruk.
Ya ALLAH, akhirilah umur kami
dengan kalimah LA ILA HA ILLALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan kami, janganlah kiranya
Engkau pesongkan IMAN kami
Setelah Engkau kurniakan kami petunjuk.
Anugerahkanlah kami Rahmat kerana sesungguhnya
Engkau Maha Pengurnia.
Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami,
Kebaikan dunia dan akhirat dan peliharalah kami
dari azab api neraka.
Semoga Engkau mencucuri Rahmat dan sejahtera
ke atas junjungan kami,
Nabi Muhammad SAW dan keatas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabtnya.
Dan segala puji-puji itu hanya bagi
ALLAH tuhan pencipta seluruh ALAM

Posted at 03:54 am by mega_senja
Make a comment  

Oct 28, 2006
Hidup Cinta & Amal

Hakikat Hidup Cinta Dan Amal

 

Wahai anakku yang tercinta,

"Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engaku akan dibalas mengikut amal perbuatanmu"
-Petikan daripada Ayuhal Awlad oleh Imam Al-Ghazali-
Nasihat yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali kepada muridnya cukup mendalam bagai panahan menusuk kalbu. Masakan seorang insan yang berfikiran waras tidak tersentak dengan perlian yang cukup pedas tapi penuh dengan kebenaran.
Telitilah bicara awal beliau yang menyuruh kita buat apa sahaja selagi hayat masih ada tapi perlu diingat kita pasti akan mati. Setiap yang mati pasti akan dihisab amal baik dan buruknya. Mereka yang beriman dan beramal soleh didunia dahulu akan dimasukkan kedalam syurga . Bagi yang ingkar dan memilih hidup "enjoy" maka pintu neraka terbuka luas mempersilakan kehadirannya.
Berdasarkan hakikat bahawa hidup ini hanya sementara dan sekadar pentas ujian untuk mencapai keredhaan Allah yang abadi. Mana mungkin seorang manusia sengaja menempah gagal didunia agar diazab diakhirat kelak jika benar dia memahami bahawa dia pasti akan mati dan pasti akan dihisab.
Sebenarnya mengingati mati adalah saranan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis ada menyatakan:
"Cukuplah mati sebagai pengajaran"
Apabila kita sentiasa berpesan kepada diri bahawa kita akan menemui ajal suatu hari nanti dan sentiasa beringat apabila setiap kali kita bangun tidur diawal pagi maka makin hampir kita kepada ajal yang telah ditetapkan bagi kita maka akan wujud rasa gerun mengenangkan nasib disana. Perasaan takut inilah benteng yang akan menghalang kita dari membuat semua perkara mengikut citarasa kita dalam erti kata lain membelakangkan syariat. Mereka yang mengingati mati tahu bahawa setiap amalan pasti akan dibalas.
Namun sayang seribu kali sayang, ramai dikalangan kita pada hari ini lupa bahawa kita akan mati. Kita bagaikan lupa bahawa setiap detik yang berlalu akan menghampirkan kita kepada mati. Fikiran kita apabila berimaginasi sering membayangkan bahawa tahun yang bakal mendatang bakal mendekatkan kita dengan cita-cita kita. Sehingga kita terlupa bahawa tahun yang mendatangkan juga bakal mendekatkan kita dengan mati. Semoga dengan ini makin selalu kita mengambil sejenak waktu untuk bertafakur tentang kematian untuk membangkitkan jiwa kita yang lesu dan malas untuk beribadat.
 
Ayat kedua dari kata-kata Imam al-Ghazali berbunyi " Cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya'.

Itulah hakikat cinta didunia ini. Segala perkara yang kita cintai dari ibubapa, isteri,kekasih, anak-anak serta harta segalanya akan meninggalkan kita apabila jasad dikebumikan jauh 7 kaki dibawah bumi.

Cinta kepada segala isi dunia adalah suatu ujian kepada kita agar tidak membelakangkan cinta kita kepada Allah dan rasulnya yang merupakan cinta yang paling unggul.

Namun demikian, ini tidaklah bermakna kita harus menafikan perasaan cinta kepada dunia. Mana mungkin kita menafikan rasa cinta sesame insan misalnya sedangkan bukankah Nabi junjungan kita pernah bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya"

Malah didalam Al-Quran juga ada menyatakan bahawa pada hubungan suami isteri itu dikurniakan perasaan "mawaddah wa rahmah". Jelas di sini sekiranya kita dilarang mencintai dunia maka apa perlunya arahan Nabi Muhammad S.A.W dan apa pula perlunya Allah membenarkan perasaan kasih dan sayang dalam hubungan suami isteri.

Sebenarnya kehendak dari kata-kata Imam Al-Ghazali ialah kita boleh mencintai apa sahaja tapi perlu beringat bahawa cinta kita kepada Allah dan Rasul perlu mengatasi cinta kepada dunia. Kalau ditakdirkan kita perlu memilih antara dua cinta maka pilihlah Cinta kepada Allah kerana itulah yang hakiki.

Seterusnya didalam ungkap kata Imam Al-Ghazali yang ketiga berbunyi "buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu" mengingatkan kita bahawa setiap perbuatan pasti dihitung walau sebesar zarah.

Setiap perbuatan kita samaada secara terang atau secara sembunyi-sembunyi pasti akan dihitung kerana Allah Maha Mengetahui. Kadang-kadang manusia sering menganggap ringan dosa kecil yang mereka lakukan sesetengah dari mereka pula menganggap biasa apabila melakukan dosa besar. Mereka lupa bahwa Allah pasti menghitung setiap perbuatan mereka, pada perkiraan mereka amal baik mereka telah lebih banyak dan pada perkiraan mereka taubat itu mudah digapai.

Alangkah dangkalnya pemikiran seperti ini, mereka berangan masuk syurga Allah tanpa melalui jalan mujahadah yang dilalui oleh para solihin. Tepuk dada tanya iman adakah kita tergolong dari golongan Solihin. Dalam satu hadis yang dinyatakan oleh Imam Hadad didalam bukunya ada menyebut 4 petanda kerosakan hati. Antaranya ialah panjang angan-angan tanpa amal dan usaha.

Akhir kata, tulisan ini sebenarnya daku tulis untuk mendidik diri ini kerana yang paling memahami apa yang ditulis sepastinya penulis sendiri. Semoga Allah ampun dosa daku dan kawan-kawan. Selamat Berjuang
 
 
 
<Adakalanya Tidak Perlu Semua DiLafazkan Kerana Kecantikan (hati ) Itu Adalah Kekuatan..!!>
 
 
 
 

Posted at 02:44 am by mega_senja
Make a comment  

Oct 27, 2006
Kuatkan Tautan Ukhuwah Sesama Kita

                             Kasih Sayang                                        

        kasih sayang sesuatu yg abstrak,
   terlalu sukar untuk ditafsirkan..
kasih sayang pendorong sebuah kehidupan..
kasih sayang membuatkan manusia bersemangat untuk hidup...


namun kerana kasih juga..
manusia akan tersungkur..
jatuh ke lembah hina
andainya kasih tnapa dibajai nur keimanan..
andai tersasar dari landasan..
carilah kasih sejati dalam hubungan yang diredhai..


Posted at 05:10 am by mega_senja
Make a comment  

Oct 26, 2006
bersama selamanya

Setia Bersama


Semua yang telah terjadi yang mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan
tak semua menjadi nyata.
Namun setiap yang sukar ketemunya sinar
Begitulah kebesarannya

Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia.
Ku ketemu sifat itu didirimu dan
Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Meneruskan perjuangan ini.

Bersama percaya keagungan yang esa
Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setiaSetia bersama.

Seluas alam semesta persoalan kita
Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia.

Dalam membuka lembaran baru
Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi dan uhkrawi.

Kuatkan semangatmu
Usahakan sedaya dan berdoa
Esok tiba harinya seribu harapan
Moga dapat keberkatannya.



 


 


Posted at 06:55 am by mega_senja
Make a comment  

Oct 22, 2006
AhlanWa Sahlan

   Assalamualikum w.b.t

 

 Ahlan wa sahlan ...pada semua kawan2 ..

n selamat menyambut hari lebaran maaf zahir batin...

kalau ada salah silap tu minta maaf banyak2 la nooo.....

 

 

              ``Usah Diikuti Reaksi Emosi,

  Lantaran Implikasi Tak Serasi Dengan Apa Yang Di Imaginasi``..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at 01:00 pm by mega_senja
Comment (1)  

Apr 15, 2007
Atas Bumi Bawah LangitMu

ATAS BUMI BAWAH LANGITMU

Aku hidup atas namaMu Ya Rahim

Aku hidup atas zatMu Ya Rabb

Aku hidup atas janjiMu yang

menghidupkan matiku

Aku hidup atas Ad-DinMu yang

memanduku ke lorong-lorong Mahmudah

meluluhkan sisa-sisa mazmumah

Ya Rahman

Aku yang pernah Kaumurka

Aku yang pernah Kauduga

Aku yang pernah tersesat

dalam dunia alpaku

Aku yang pernah lalai

dalam akal jahilku

Aku yang pernah hanyut

dalam arus deras yang

mengalirkanku ke muara duka

Ya Malik

Aku hidup atas sedarku akan wujudMu

Aku hidup atas tahuku akan lihatMu

Aku hidup atas warasku akan dengarMu

Fanaku atas HakikiMu….

Hinaku atas SuciMu….

Kerdilnya aku atas kebesaranMu

Ya Allah

Hidupku atas Bumi bawah LangitMu

Matiku antara Syurga & NerakaMu

 

Posted at 05:44 pm by mega_senja
Make a comment  

Sabda Rasulullah s.a.w



"dunia itu adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasaan itu adalah wanita solehah"
 "tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum lelaki selain perempuan" "sesungguhnya termasuk ahli neraka,iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,yang condong kepada maksiat & menarik orang lain untuk berbuat maksiat..mereka ini tidak akan masuk syurga & tidak akan mencium baunya" "sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila kamu melihat kepadanya ia akan membahagiakan kamu,apabila ketiadaan kamu,ia akan menjaga dirinya dan hartanya." "jika ALLAH saying seseorang hamba itu,maka ALLAH akan menurunkan bala yang berat.tujuannya ialah supaya hamba itu mengadu kepadaNYA tentang kesusahan dan kesedihan,bercerita kepadaNYA tentang apa yang dirunsingkan dam memohon hajat yang tidak dapat dicapainya" Renung-renungkanlah..di manakah letaknya diri kita?apatah lagi begitu banyak fitnah yang berlaku di akhir zaman ini.. Antara rahsia kejayaan seseorang ialah dia berani melakukan sesuatu perkara yang paling ditakutinya (menentang arus).. Jika orang lain boleh,Aku juga boleh,Mungkin uku tidak segagah mereka,Tapi aku tidak selemah yang disangka.

Posted at 04:31 pm by mega_senja
Make a comment  

Nov 24, 2006
kerana Allah

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:
"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)
maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Kesan Cinta Kepada Allah Di Dalam Kehidupan Orang Islam

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.

(("Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu"))

Riwayat Muslim dari Abu Hurairah
Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada, dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati. Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.

Dengan kasih sayang yang gemilang inilah, Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama, satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah) dan membina mahligai Islam di alam sejagat.

Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi menanamnya didalam hati kecuali Islam. Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
(( Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim

Sesunguhnya orang Islam yang menghayati ajaran agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya. Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya. Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.